BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 20 December 2011

C.I.N.T.A

Bismillahirrahmanirrahim...

Detik yang berlalu, masa yang berputar, langkah yang diatur menuju kejalan-Mu..
Perjalanan demi perjalanan ku tempuh, aku melihat kebesaranMu..
Kali ini didalam satu perjalanan, aku terpandang akan sebuah kumpulan, bila ku amati barulah ku sedari bahawa kumpulan tersebut adalah sebuah keluarga bersama seorang wanita asing...
Aku menghampiri keluarga tersebut, aku mendapati bahawa wanita asing itu sedang menegur dan menasihati setiap ahli keluarga tersebut. Ramai yang menyaksikan kejadian tersebut. Namun kesemuanya hanya berdiam diri sebagai penonton sejati.
Dalam keheningan suasana, setiap ahli keluarga tersebut tunduk akur mendengar setiap kalimah yang terpancar dari mulut wanita asing itu. Aku juga turut serta mendengarnya.
Persoalannya, siapakah wanita asing itu? Mengapakah dia menasihati keluarga tersebut? Apa yang sedang berlaku?

Kesayuan dan kesedaran menyelinap dalam setiap ceruk hati insan yang terlibat, sama ada dalam diri ahli keluarga itu mahupun para penonton yang menyaksikan. Air mata jernih membasahi wajah mereka, esak dan sendu tangisan terbit dari mulut setiap ahli keluarga tersebut.
Wanita asing itu masih tetap petah dan lantang melontarkan kalimah yang tersusun rapi.

Wanita itu berdiam diri, menandakan sudah selesai kalimah yang diberi. Setiap dari ahli keluarga itu berpelukan antara satu sama lain.

Aku kebingungan...

Ya Rabb!! aku tersentak. Nafas ku umpama terhenti. Tanpa aku sedari air mataku turut mengalir dalam keheningan itu. yang ku pasti manik jernih ini terbit angkara kegembiraan yang tidak tergambar. Ianya kerana Engkau Ya Allah!

Engkau hadirkan seorang wanita asing kedalam sebuah keluarga yang sedang renggang ikatan kekeluargaan mereka tanpa mereka sendiri sedari. Hanya dengan kehadiran seorang wanita asing, mereka sedar akan khilaf mereka dan secara tidak langsung pertalian yang keruh kembali jernih, ikatan kekeluargaan kembali erat dan mungkin akan lebih baik. Semuanya dengan izin-Mu.

Engkau Maha Melihat.. Engkau Maha Mendengar.. Engkau Maha Pemurah.. Engkau Maha Mengasihani..

Engkau melihat akan sebuah keluarga yang sedang renggang ikatannya..
Engkau mendengar rintihan demi rintihan, keluhan demi keluhan ahli keluarga tersebut..
Engkau hadirkan wanita asing itu dengan kalam yang Kau aturkan untuk mereka..
dan Engkau telah menyatukan dan mengeratkan lagi hubungan mereka...

Maha Suci Engkau, tidak Engkau lakukan sesuatu perkara tersebut dengan sia-sia.
Kasih SayangMu untuk sekalian hambaMu..

CintaMu Ya Rabbal 'Alamin...

Saturday 17 December 2011

hujan malam..

Bismillahirrahmanirrahim...


Terasa dingin malam ini.
Setelah sepanjang siang badan ku ditemani manik-manik halus berjuraian menitis ke bumi. Kulit ini seakan terbakar dipanah cahaya Mentari. Masa berlalu pergi.. kepanasan yang aku rasa seketika tadi kian beransur...
Malam sudah ingin melabuhkan tirainya. Aku rasakan kedamaian angin yang bertiup sayu ini.

Aku termenung jauh. Memikirkan kejahilanku siang tadi. Mengeluh seperti anak kecil terhadap apa yang telah Allah aturkan untuk alam...

Aku terkedu...
Mataku berkaca...

"Ya Allah.. sesungguhnya Engkaulah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Segala puji bagi Engkau Tuhan Sekalian Alam...
Engkaulah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui...
Kau ciptakan panas disiang hari.. mengeringkan jemuran di ampaian.. Mengizinkan fotosintesis berlaku kepada tumbuhan yang menghijau...
Disaat aku mengeluh.. mereka bersyukur memuji kebesaranMu...
ampuni aku Ya Allah...
subhanAllah.. Maha Suci Engkau... menciptakan sesuatu itu dengan hikmah.. tanpa sia-sia... Engkau tidak zalim kepada hamba-hambaMu..
Ya 'Adlu.. Engkau adil terhadap semua ciptaan-Mu..."

Renyai hujan membasahi tanah gersang yang kekeringan disiang hari tadi. Pepohon hijau juga terasa nikmatnya.
Seluruh alam bertasbih terhadap-Mu.. bersyukur atas segala pemberian-Mu... rahmat-Mu..
begitu juga dengan diri ini...
aku tersenyum sedang mataku berkaca. Bibir tersenyum sedang hatiku menangis mengikut alunan hujan....
aku bersyukur kepada-Mu.. aku akur.. betapa besarnya kekuasaan-Mu..
betapa luasnya ilmu Mu...

lenalah mereka yang ingin melayar mimpi... kurniaanMu..
Ya Rabb...

Monday 8 August 2011

nafas.. udara.. oksigen?? karbon dioksida??

Dari tapak kaki ini sebesar dua jari sehinggalah aku boleh berjalan, berlari dan membuat apa yang aku ingin kan dengan kudrat yang tersedia.
Aku pasti, aku pasti aku terlupa untuk mensyukuri nikmat ini. Satu nikmat yang amat diperlukan bagi setiap makhluk yang bernyawa. Udara...
Aku menghirup udara segar setiap hari dengan izin-Nya... mengambil oksigen pemberian-Nya untuk terus bernafas dan  terus bekerja. Tetapi..  Aku sering alpa untuk mensyukuri nikmat-Nya. Melakukan larangan-laranganNya...

Mungkin kerana aku belum pernah merasa bagaimana keadaan jasad ini ketika Allah menarik nikmat gas oksigen yang aku perlukan ini...
Di ketika itu yang tinggal hanya sisa-sisa karbon dioksida yang akan menemani aku hingga ke akhir nafas...

"Sudah terhantuk baru terngadah". Peribahasa yang amat sesuai untuk aku. Seorang insan yang selalu lalai dan alpa. Hari tersebut baru terdetik untuk aku mensyukuri nikmat-Nya. Setelah di sedarkan betapa pentingnya ia.

Ketika aku berada didalam suatu tempat yang terkurung bersama insan-insan yang lain. Dimana tempat itu hanya membekalkan satu lubang kecil laluan keluar masuk udara, dan ketika itu semua diantara kami hanya mempunyai satu tujuan. Teruskan bernafas untuk terus hidup. Berebut di atas satu tujuan.

dada ini semakin sempit. paru-paru ini semakin pedih....
''YA Allah.... ampuni aku Ya Allah.. kurniakan lah kembali nikmat-Mu itu kepada kami...''
aku bangkit bersandar di dinding disebelah pintu yang tertutup rapat.
Aku selak daun pintu itu sedikit demi menghirup udara yang segar. Membebaskan bahangnya karbon dioksida yang terkurung bersama. Bukan hanya untuk aku, untuk insan-insan lain yang juga senasib dengan ku.

Air mataku hampir berlinang..
tapi sempat aku seka...
jiwa ku merintih pilu....
aku berzikir didalam hati...

didalam hati yang kesyahduan...
aku memuji kebesaran-Nya.
mengakui kekuasaan-Nya....
Seketika, aku terkenangkan maksud petikan ayat al-Quran dari surah Al-Rahman (yang Maha Pengasih)
''Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?''
aku terkenang sendiri.... aku berazam untuk tidak lagi mendustakan nikmat Allah..
aku berazam untuk tidak lagi mensia-siakan nikmat-Nya...


"YA Allah,,Ya Rahman.. Ya Rahim... ampuni kami yang sentiasa lalai dan alpa atas kurniaan-Mu.. jauhkanlah kami dari golongan-golongan yang mendustakan nikmat-Mu..." "Amin"
YA RAB.

Sunday 24 July 2011

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut

LELAKI 
 1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 
 2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN!! 
 3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. 
 4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah olehAllah SWT. 

WANITA ********** 
 1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. 
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki. 
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya. 
7. Talak terletak di tangan suami bukan isteri.
 8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkan kita lihat sebaliknya?
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak dibiar bersepah bukan?  
Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.
Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Diakhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini : 
*isterinya, 
*ibunya, 
*anak perempuannya 
*saudara perempuannya 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini : 
*suaminya 
*ayahnya 
*anak lelakinya 
*saudara lelakinya 

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pinta syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja : 
*sembahyang 5 waktu 
*puasa di bulan ramadhan 
*taat suaminya 
*menjaga kehormatannya 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.  

Mati hanya sekali Maka Jadikannya pada jalan Allah....................

Friday 22 July 2011

bila waktu telah berakhir..

Bagaimana kau merasa bangga..
akan dunia yang sementara..

bagaimana kah bila semua..
hilang dan pergi meninggalkan dirimu...

bagaimanakah bila saatnya..
waktu terhenti tak kau sadari..

masihkah ada jalan untukmu..
kembali mengulangkan masa lalu...

DUNIA....
dipenuhi dengan hiasan..
semua dan segala yang ada akan kembali pada-Nya..

bila waktu telah memanggil..
teman sejati hanyalah AMAL..

bila waktu telah terhenti..
teman sejati tinggallah sepi..

BILA WAKTU TELAH BERAKHIR..
teman sejati tinggallah sepi.......... :')

Saturday 25 June 2011

siapa aku???

siapa aku???  kadang-kadang aku terpikir... siapa aku??? jasad aku atau roh aku??? aku dicipta oleh Dia.. dari setitis air mani lelaki dan wanita... dari setitis mani menjadi segumpal darah.. dari segumpal darah.. diciptakan tulang.. dan disusuli pula dengan daging yang membaluti tulang.. kemudian ditiupkan roh kedalam jasad ini... jadi lah aku ciptaan yg sempurna..tp... aku bukan manusia sempurna... begitu teratur dan tertib aku diciptakan.. di martabatkan insan ini lebih tinggi dari sekalian makhluk... tp......SIAPA AKU??? aku masih lagi mencari.. siapa aku?? aku sendiri belum mengenali dri aku.. macam mana rakan-rakan aku boleh mengenali aku??? aku masih mencari..........