BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 31 July 2012

Wira (Menyelamatkan atau Diselamatkan)

Bissmillahirrahmanirrahim...


Kaki ini masih diizinkan untuk berdiri dan terus melangkah. Langkah kaki membawa hamba mengenal Tuhannya. Kali ini, aku melintasi sebuah kawasan yang agak sesak. Bingit telinga mendengar pekikan-pekikan mereka yang tidak aku pasti apa mahunya.
Aku tiba disuatu lembah. Keadaan disitu riuh belaka. Tambahan pula kawasan itu suram dan panas. 
Pekikan demi pekikan aku dengari. Teramat bingit. 
"Tolong! Tolong! Tolong!". Aku terdengar suara wanita menjerit meminta tolong. Dalam kesamaran, aku menuju kearah suara tersebut. Kawasan itu agak terang. Aku lihat seorang perempuan diambang maut. Berpaut pada dahan pokok untuk menghalang diri terjatuh ke cenuram yang amat tinggi dan batu-batu besar menjadi penyambut jika wanita itu terlepas dari pautannya. Aku memberanikankan diri untuk menolong wanita terbabit.
Sekilas pandangan mata, akal menafsir. Aku tidak mungkin dapat menarik wanita itu kerana berat badannya melebihi kemampuanku. Namun jika aku biarkan, nescaya wanita tersebut akan jatuh kecenuram yang dahsyat itu. Tambahan pula tidak akan berupa manusialah wanita itu jika tiba di bawah sana nanti.
Insan lain hanya mampu terpaku melihat dengan ihsan.
"Ukur baju dibadan sendiri", bidalan yang menyinggah di minda tidak aku hiraukan. Aku tidak sanggup melihat wanita itu melolong meminta ihsan, meminta nyawa.




Aku lajukan langkah ke arah wanita itu. Ku hulurkan tangan pinta disambut. Didalam hati.... zikir tidak putus-putus bermain meminta ihsan dari Yang Maha Berkuasa. Meminta agar diberi kekuatan sejajar kudrat untuk membantu wanita itu. Tangan wanita itu ku genggam erat setelah tangannya menyambut tanganku. Namun.. Allah tidak mengizinkan. Perkara yang lebih buruk lagi terjadi apabila kudratku tidak tertampung akan berat wanita itu. Aku terdorong bersama wanita itu ke cenuram yang dahsyat itu.
Tinggal beberapa saat lagi tubuh kami akan disambut batu-batan yang besar dan tajam. Didalam hati aku memohon ampun kepada Allah akan bongkaknya aku. Disaat ini aku hanya mampu berharap akan suatu keajaiban berlaku.
Muka aku mencecah permukaan batu keras......

''Astaghfirullahalazim!", aku tersedar dari mimpi ngeri. Mimpi yang mengejutkan aku tentang sesuatu. Mimpi yang menyedarkan aku akan bongkaknya ku sebagai hamba. Konon menjadi wira, penyelamat tanpa mengukur kemampuanku sendiri. ''Penyelamat? huh..." aku mengeluh kecil.. mentertawakan diri sendiri.
Selama ini aku beranggapan yang aku boleh melakukan semuanya. SEMUANYA. Aku terlupa bahawa setiap manusia dikurniakan kelebihan dan kekurangan masing-masing.



''Ya Allah, ampunilah hamba-Mu yang bongkak ini!
Yang merasa sempurna dikala sesungguhnya Engkau Yang Maha Sempurna!
Yang merasa diri ini wira sedang Engkaulah Yang Maha Berkuasa.
Ampuni aku ya Allah!
Terima kasih akan peringatan dariMu''