Bissmillahirrahmanirrahim..
Bulan Ramadhan semakin sampai ke penghujung... Jujur..
Amat
sayu hati aku mengenangkannya... Terfikir.. Adakah adakah lagi bulan
Ramadhan untuk ku di tahun mendatang? Atau mungkin Ramadhan ini adalah
Ramadhan terakhir ku?
Ya Allah lanjutkanlah umur ku.. Biarlah kepulangan ku padaMu dengan amalan yang mencukupi...
Aku malu berhadapan dengan Mu kala diri hina diselubung dosa.. Kabulkanlah permintaanku.. Amin...
Ok...
Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan
juga penghuni dunia akhir zaman... Umur kita tidak sepanjang umat-umat
terdahulu... Tapi pernah tak ada yang tertanya-tanya MENGAPA umur umat
Nabi Muhammad disingkatkan? Dear brother and sister..
Open your eyes and look around... Apa yang kamu semua nampak? Saudara saudariku yang aku kasihi..
kita berada di akhir zaman... Zaman dimana perlakuan umat di zaman ini meencontohi perlakuan umat Jahiliah terdahulu..
Nauzubillah!
Jibril AS berkata kepada Rasulullah SAW, “Ya Muhammad, tahukah engkau kenapa singkat umur umatmu?” Tanpa menunggu jawapan, Jibril AS sendiri menjawab pertanyaan itu “Sebabnya supaya mereka tidak berpanjangan melakukan maksiat...”
Masya'Allah
Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah
Allahu Akbar
Pujian untuk Dia yang Maha Penyayang...
Dipendekkan
umur umat kekasihNya agar kita semua tidak lagi kejam terhadap dunia,
diri kita dan Allah. Adakah anda sedar? Tepuk dada tanya iman..
Dia tidak kejam... Walaupun umur kita tidak sepanjang umur umat terdahulu, namun dikurniakan pada kita
MALAM YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN..
Adakah kamu sedar?
Rasulullah SAW sendiri pernah memikirkan
hal ini (pendeknya umur umatnya). Para sahabat nabi juga risau kerana
tidak dapat berjihad dan beribadat untuk tempoh yang lama seperti umat
terdahulu, misalnya Bani Israel yang berjihad selama 80 tahun. Lalu
Allah SWT menurunkan surah Al-Qadr untuk menenangkan para sahabat nabi
yang risau itu, yang mana dengan rahmat Allah, dikurniakan-Nya malam
Lailatul Qadr yang penuh keberkatan itu terlebih baik daripada 1000
bulan.
بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"
“ Sesungguhnya Kami telah menurunkannya ( Al Qur’an ) pada malam kemuliaan.”
“ Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu”
“ Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan.”
“Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril, dengan ijin Allah untuk mengatur semua urusan.”
“ Malam itu ( penuh ) dengan kesejahteraan sampai terbit fajar.”
Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):
"Lailatul Qadr dikurniakan ke atas umatku
dan tidak kepada umat lain" - Hadis riwayat Anas R.A.
Lailatul Qadar adalah malam kebesaran Allah SWT, malam
keagungan-Nya, malam pengampunan-Nya, malam yang dimiliki-Nya untuk
memberi maaf kepada para pembuat dosa dan menebarkan kasih sayang kepada
para hamba-Nya. Dilangit ada kerajaan sangat besar yang mengatur dan
mencatat segala amal manusia dimuka bumi ini. Ketika para malaikat
melihat kitab catatan amal manusia, mereka iri dengan amal yang hanya
khusus dilakukan penduduk bumi dimalam-malam lailatul qadar. Malaikat
pun tidak ada yang dapat menirunya. Salah satu di antaranya adalah
rintihan taubat para pembuat dosa yang kemudian diampuni segala
dosa-dosanya.
Allah SWT berfirman dalam sebuah hadist qudsi: “Aku lebih suka
mendengarkan rintihan para pembuat dosa ketimbang gemuruh suara tasbih.
Karena gemuruh suara tasbih hanya menyentuh kebesaranKu, sedangkan
rintihan para pembuat dosa menyentuh kasih sayangKu.”
''Lailatul qadar yang sesaat itu lebih baik dari pada seribu bulan. Di
malam itu, para malaikat dibawah pimpinan Jibril turun atas izin Allah
SWT, mereka menebarkan kedamaian, keselamatan, kesejahteraan dan
mengatur segala urusan, mereka menyampaikan salam sampai terbitnya fajar
keseluruh semesta alam.''
Tetapi...
Malam-malam begini semua sedang sibuk mempersiapkan pakaian-pakaian
untuk raya.. Memperhiaskan rumah dengan sofa baru, langsir baru,dan
sebagainya...
Nampakkan? Dimana kamu semua berada?
Cantik di mata manusia tetapi bercompang camping di pandangan Pencipta..
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Disaat akhir ini marilah bersama-sama kita mencari MALAM YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN ini..
Sebahagian
ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam
27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie
pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal
pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain
dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar
adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29
Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya
: Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam
terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam
terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dari
tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling
diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia
juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam,
sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia
adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana
beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada
tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith
yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Masing-masing
tidak tahu penghujung umur masing-masing.. Mungkin esok atau lusa
Izrael datang menjemput.. Hidup ini hanya sekali.. Maka hiasilah dirimu
laksana penghuni syurga...
Wallahu'alam...