BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 20 December 2011

C.I.N.T.A

Bismillahirrahmanirrahim...

Detik yang berlalu, masa yang berputar, langkah yang diatur menuju kejalan-Mu..
Perjalanan demi perjalanan ku tempuh, aku melihat kebesaranMu..
Kali ini didalam satu perjalanan, aku terpandang akan sebuah kumpulan, bila ku amati barulah ku sedari bahawa kumpulan tersebut adalah sebuah keluarga bersama seorang wanita asing...
Aku menghampiri keluarga tersebut, aku mendapati bahawa wanita asing itu sedang menegur dan menasihati setiap ahli keluarga tersebut. Ramai yang menyaksikan kejadian tersebut. Namun kesemuanya hanya berdiam diri sebagai penonton sejati.
Dalam keheningan suasana, setiap ahli keluarga tersebut tunduk akur mendengar setiap kalimah yang terpancar dari mulut wanita asing itu. Aku juga turut serta mendengarnya.
Persoalannya, siapakah wanita asing itu? Mengapakah dia menasihati keluarga tersebut? Apa yang sedang berlaku?

Kesayuan dan kesedaran menyelinap dalam setiap ceruk hati insan yang terlibat, sama ada dalam diri ahli keluarga itu mahupun para penonton yang menyaksikan. Air mata jernih membasahi wajah mereka, esak dan sendu tangisan terbit dari mulut setiap ahli keluarga tersebut.
Wanita asing itu masih tetap petah dan lantang melontarkan kalimah yang tersusun rapi.

Wanita itu berdiam diri, menandakan sudah selesai kalimah yang diberi. Setiap dari ahli keluarga itu berpelukan antara satu sama lain.

Aku kebingungan...

Ya Rabb!! aku tersentak. Nafas ku umpama terhenti. Tanpa aku sedari air mataku turut mengalir dalam keheningan itu. yang ku pasti manik jernih ini terbit angkara kegembiraan yang tidak tergambar. Ianya kerana Engkau Ya Allah!

Engkau hadirkan seorang wanita asing kedalam sebuah keluarga yang sedang renggang ikatan kekeluargaan mereka tanpa mereka sendiri sedari. Hanya dengan kehadiran seorang wanita asing, mereka sedar akan khilaf mereka dan secara tidak langsung pertalian yang keruh kembali jernih, ikatan kekeluargaan kembali erat dan mungkin akan lebih baik. Semuanya dengan izin-Mu.

Engkau Maha Melihat.. Engkau Maha Mendengar.. Engkau Maha Pemurah.. Engkau Maha Mengasihani..

Engkau melihat akan sebuah keluarga yang sedang renggang ikatannya..
Engkau mendengar rintihan demi rintihan, keluhan demi keluhan ahli keluarga tersebut..
Engkau hadirkan wanita asing itu dengan kalam yang Kau aturkan untuk mereka..
dan Engkau telah menyatukan dan mengeratkan lagi hubungan mereka...

Maha Suci Engkau, tidak Engkau lakukan sesuatu perkara tersebut dengan sia-sia.
Kasih SayangMu untuk sekalian hambaMu..

CintaMu Ya Rabbal 'Alamin...

0 comments: